Thursday, September 15, 2016

Proses permohonan Visa Bangladesh (Malaysian citizen)

Visa ke Bangladesh
Hii… nak buat short post pasal visa Bangladesh(untuk warganegara Malaysia).
Visa ni boleh dibuat di kedutaan Bangladesh di Jalan U thant Kuala lumpur. Korang waze je konfem sampai.
Visa ke Bangladesh ni boleh siap dalam 3 hari untuk rakyat Malaysia dan 10 hari untuk bukan warganegara Malaysia.
Apa yang korang perlu kan masa nak apply visa?
- Salinan muka depan passport
- Surat jemputan dari orang Bangladesh( yang menetap di sana)
1. Surat jemputan dari sana perlu lah di sertakan dengan Salinan passport orang sana(kira warganegara Bangladesh)
- Resit pembayaran visa. Dari maybank.  Rm41 untuk per entry. Atau rm86 untuk multiple entry(kemasukan)
- Gambar visa 3 keping
- Surat dari kita (alasan nak masuk Bangladesh) elok ade letter head. (surat dari company)
- Isi borang visa yang disedia kan di kedutaan sana atau download je borang tu kat official page kedutaan Bangladesh. 
- Sebelum terlupa, g Photostat semua bahan2 diatas. Dan sila la stapler semua nya dengan betul (resit maybank tu stapler melintang). Jenuh aku nk bukak isi stapler satu2. 2 kali lak tu.
Okiess… done!!! Pendek kan post…sekian…segala pertanyaan, sila pm….

lesen menyelam open water

Padi open water

-          Pada Julai yang lepas, aku dan rakan2 telah memberanikan diri untuk mengambil kursus menyelam di bawah selenggaraan Padi di PAYA, TIOMAN (SEALANTIS)
-          3 hari penuh diperlukan untuk kursus menyelam. Aku syor kan korang ambil 4 hari, biar tenang dan tak gemuruh. Percaya lah, tiada hari2 yang korang akan free semasa mengambil kursus menyelam
-          Intructor aku, kak syasha , instructor paling best setakat ni penah aku jumpe. Kemain fit. So, ni advantage untuk pelajar perempuan. Sebab  xde la kekok bila sesama perempuan.
-          Oh sebelum terlupa, untuk kursus ni, korang sediakan dlm rm1300, untuk license, makan, dan lain2. Di Sealantis, tempat tinggal disediakan(dorm). Jangan risau, setiap dorm ada aircond, xde la kepanasan. Tp trust me, malam2 tu sejuk mcm kat genting.
-          Bila da ambil license ni, baru lah aku tahu, kemain banyak steps yang nak kene blajar masa kursus ni.

Hari pertama
-          Kami ada pre-test, kene berenang 300 meter di persisir pantai dan di minta terapung beberapa minit. Jangan gentar, kami diboleh kan memakai fins dan mask snorkling. Dan itu lah kali pertama aku berenang tanpa lifejacket kat pantai. Alhamdullilah, terapung. Hahaha.. ramai yang tanya, tak reti berenang , boleh amik license ke? Di sana akan ada keajaiban yang dimana korang kan tetibe reti berenang. Just set in mind, laut kan masin. Lagi senang terapung dan jangan mengglabah. Jangan takut, ade je Baywatch or assistant yang perhati korang, kira kalau korang tetibe nak lemau lemas, diorg akan cepat2 selamatkan korg.
-          Hari pertama juga , instructor akan ajar beberapa basic skills, mcm, cara pasang bcd dan regulator dan cara penjagaan alatan scuba.
-          Dan seterusnya, skill di confined water. Air cetek. X sampai 2 meter pun. Paling dalam 5 meter. Kami diajar mcm mana nk buka regulator(alat yang kat mulut tu, yang ada udara tu) dalam air, buka mask dan pasang dalam air. Buka mask dalam air, x masuk air ke? Mcm mana nak keluar kan? Jangan risau, Nampak macam x logic je  kan keluar kan air dalam air..ada cara nya. Itu penting nya belajar skills2 menyelam
-          Perhatian, korang akn diberi buku diving yang ada 5 chapter(utk dihabiskan selama 3 hari), tolong la baca awal2 kalau taknak menyesal dikemudian hari.

Hari Kedua
-          Hari kami disambung dengan pembelajaran skills lagi. Kali ni lebih banyak, kami diajar hovering (terapung seketika di dasar laut untuk safety stop) ni sangat penting. Sebab kalau tiada safety stop sebelum ke permukaan laut, risiko seperti terkena decompression sickness adalah sangat tinggi. Sayangi paru2 anda.
-          Kami diajar juga beberapa skills semasa kecemasan, seperti berkongsi udara dari tank menggunakan octopus(secondary regulator) (sesama  dive buddy), berenang sekali nafas untuk kecemasan,
-          Nasihat aku, focus dan tenang.

Hari ketiga
-          Hari yang mendebar kan. Kami dibawa ke Marine park tioman. First time woo buat boat dive.
-          Kami di uji sekali lagi dengan beberapa skills yang kami belajar semasa di confined water. Contoh nya, buka dan pakai mask. One shot breathing(lupe name dia). Kene amik nafas panjang skali dan berenang keatas perlahan2 dalam masa yang diberikan. Nampak mcm susah kan, tapi relax brother. Yakin dan tenang.
-          Di marine park juga, kami di bawa menyelam sedalam lebih 10 meter. Seriously , memang terpukau dengan ikan2 kat dlm laut tu.
p/s tolong jangan berenang ke permukaan laut tanpa safety stop yang ditetap kan. Anggaran safety stop(stop for few minutes) adalah dalam 10à5 meter sebelum berenang ke permukaan laut. Untuk keselamatan dan kesihatan paru2 kita..

Hari keempat
-          Hari terakhir yeayy!! Kami dengan santai nya bangun lewat sebab boat dive start tengah hari. 2 dives!!! Pehh….ada la nak dekat dua jam(campur dua2 dive). Enjoy sesangat sebab dikelilingi oleh ribuan ikan. Sharks pun ada woo..tp xde la beso mcm yang dalam tv tu.. ikan pari, penyu, dan macam2 lagi. Tak ternama..wah… dan part yang paling best, lepas dive yang last, instructor senyum dan cakap, now u r officially a diver.. dia punya rasa tuuuu…wow…..x sangka lepas jugak….heeeee….

Sekian je la post berjela pasal dive ni….newbie diver…baru2 ni ad amide, habis aku borong sume fin dan mask…